Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2021 Shah Alam

Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2021 Shah Alam | Sedar tak sedar, dah hampir tiba seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dimana umat Islam akan berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah pada bulan yang mulia ini.

Selain daripada berlumba-lumba menunaikan ibadat pada Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kemeriahan Buffet Ramadhan yang memang menjadi alternatif untuk umat Islam berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat selain daripada berbuka di rumah, kedai makan dan membeli juadah di bazar Ramadhan. Ramai juga ahli perniagaan yang menggunakan peluang Buffet Ramadhan ini untuk bersedekah menjamu anak-anak yatim.

Buffet Ramadhan 2021 Taste of Malaysia Di Laman Kayangan Shah Alam

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini memang tidak ketinggalan untuk mengadakan Buffet Ramadhan yang pasti membuatkan pengunjung teruja dengan aneka hidangan yang disediakan disini. Memang banyak pilihan hidangan makanan yang boleh dicuba disini untuk berbuka puasa. Kalau pergi sekali je memang tak puas nak rasa semuanya.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat lebih kurang 88 menu akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. ‘Sup Tulang Merah’ dan ‘Nasi Arab Kambing Golek’ merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Antara menu lain yang dihidangkan di Buffet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam adalah seperti Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata dengan hidangan yang disediakan.

Antara kemudahan lain yang disediakan ialah:

  • Parking percuma
  • Surau
  • Tandas
  • Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
  • Persembahan ghazal

Harga Buffet Ramadhan 2021 Laman Kayangan

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 April 2021)
RM59 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM69 Dewasa
RM39 Kanak-kanak / warga emas

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:
011 1878 4681 / 011 2665 6624 / 019 250 3090